Seraut Pensel, Setitis Tinta dan Secarik Kertas

May 14, 2006

Projek Komik Malaysia

Filed under: Uncategorized — kalamtimur @ 4:45 am

Skrip Perkasa Alam telah melalui proses suntingan beberapa kali setelah berbincang secara maya dengan pengarah pelukis projek ini. Sepatutnya kami sudah duduk semeja berbincang apa yang sepatutnya dilakukan. Malangnya saya tidak dapat berjumpa mereka sewaktu Pesta Buku Antarabangsa tempohhari. Kalaulah saya bermalam di Kuala Lumpur pada hari itu, kemungkinan keesokan harinya saya dapat berjumpa dengan saudara Kromosom dan MF Ajif. Maklumlah, pada hari itu mereka terpaksa berkerja keras untuk syarikat internasional; majikan mereka.

Skrip yang sepatutnya mengandungi 120 muka surat telah saya sunting sedikit demi sedikit. Menokok tambah mana yang dirasakan perlu. Pengarah projek pasukan Perkasa Alam telah memberi pandangan yang agak bernas. Untuk itu, saya telah meminda beberapa bahagian di Bab ke 2, 3, 4 dan seterus dapat saya menambah lagi muka surat yang lain.

April 5, 2006

Apa-apa sahaja

Filed under: Uncategorized — kalamtimur @ 1:54 am

Filed under: Uncategorized — kalamtimur @ 1:53 am

UMBRA sudah ditalkinkan dan telah diletak batu nesan oleh empunya. Tanggal 29 Mac 2006, UMBRA yang menggunakan tagline Manga Konterporari dan Intergrasi berada dipasaran dibawah pengurusan baru yang berpejabat di Malawati. Sudah sinonim jenama UMBRA dikalangan pengumpul komik indie dan underground.

Dengan cover Naruto dan gambar insert kecil artis terhangat di pasaran Mawi dan info gadjet dan filem, penerbit komik UMBRA yang baru ini menjangkakan dapat menarik kuasa membeli di kalangan peminat-peminat anime, manga remaja Malaysia.

Malang sekali, sepatutnya penerbit UMBRA yang baru ini  seolah-olah ingin menumpang populariti UMBRACOMIX dan mengambil pendekatan yang amat mudah. Penggumpul komik dan pengiat komik tanah air agak terkejut dan secara akan memberi kesan yang mendalam.

Seharusnya, penerbit UMBRA yang baru ini boleh menggunakan nama-nama lain yang banyak di dalam kamus. Berusahalah.

March 12, 2006

sambung lagi..

Filed under: Comic blogs,Uncategorized — kalamtimur @ 12:50 am

Megat Teri Alam dan Perkasa terbujur kaku di atas pembaringan yang diperbuat daripada batu hampar di rumah agam Serikandi Sutera Ungu. Batu hampar itu di alas dengan kain-kain sutera berwarna ungu. Serikandi Sutera Ungu mempersiapkan dirinya untuk melakukan perubatan ke atas kedua anak muda itu. Dia dibantu oleh beberapa orang pembantunya. Daun-daun herba dikumpul dalam satu bekas yang diperbuat daripada dulang keemasan. Mulut Serikandi Sutera Ungu membaca surah dari kitab kecil yang bertulisan Jawi.

Dua orang pembantunya itu yang terdiri dari dua orang lelaki turut memperbetulkan kedudukan Megat Teri Alam dan Perkasa. Mereka di terbalikan dan posisi mereka dalam keadaan tertiarap. Selang beberapa lama, darah hitam pekat berjaya dikeluarkan dari kedua-dua pendekar itu. Mereka kemudiannya diberi minum air penawar yang diperbuat daripada bijirin “habatus saudah”.

March 5, 2006

Sambung

Filed under: Comic blogs — kalamtimur @ 3:46 am

Maka gusarlah seisi negeri dan berduka nestapalah Penghulu Seri Bitara. Seorang pedagang yang berulang alik dari Teluk Siam ke Kota Tinggi telah singgah di Serendah Sekebun Bunga. Perkhabaran yang dibawa ke pengetahuan penghulu, Megat Teri Alam dan Perkasa telah alah dan terkena racun berbisa dari penyerang yang misteri di Pulau Aur.

Ramai pengikut kedua-dua pendekar muda itu telah kecundang. Pedagang kapal yang membawa muatan garam itu dikatakan turut diserang hendap. Ramai anak buahnya yang bertempiaran lari. Rasa kecut perut disergah oleh Langkuik Si Helang Merah. Ada yang berterjunan ke dalam laut. Mati sia-sia tidak menentang musuh yang berwajah kejam. Dengar nama sahaja sudah mahu terkeluar isi perut.

Melihat pada wajah si pembawa khabar itu, Penghulu Seri Bitara pun befikir beratus kali samada hendak mempercaya atau tidak.

” Aku bagaikan tidak percaya akan ceita yang di bawa si ular lidi ini. Semacam ada tipu daya, apa akal budi bicara mu sahabatku berdua?” Penghulu Seri Bitara mengajukan persoalan itu kepada Perpatih Mulus dan Udai Prapacong.

Kedua penasihat itu cuba menyembunyikan senyum sumbing mereka dan ternyata Penghulu Seri Bitara amat bijak membaca gerak laku mereka. Dengan segera Perpatih Mulus membuka mulut lalu berkata. (more…)

Filed under: Uncategorized — kalamtimur @ 3:06 am

Kaki

Filed under: Uncategorized — kalamtimur @ 2:42 am
Berjalan kaki dengan janumg ke sekolah

Saya tertarik dengan berita tentang pelajar di sebuah kampung di Banjaran Crocker, Sabah. Mereka ke sekolah dengan berkaki ayam dan seawal jam 4 pagi sudah bangun untuk menimba ilmu di sekolah. Mereka terpaksa menuruni bukit dan berjalan berbatu-batu.

(more…)

Buku

Filed under: Uncategorized — kalamtimur @ 1:39 am

(more…)

March 3, 2006

Arghhh

Filed under: Uncategorized — kalamtimur @ 2:47 am

Assalamualaikum semua, aku jumpa lagi satu site untuk tulis blog. Sebenarnya aku sudah lama perhatikan WordPress ini yang sering disebut-sebut oleh tukang pancung, juga seorang founder komuniti pelukis dan penulis seMalaysia. Apa-apa pun terima kasih berbanyak-banyak kepada beliau.

Baca posting yang ditulis oleh sdr Alifstyle yang baru sahaja menulis tiga buah novel dalam 3 bulan cukup menyeronokkan. Wah, kaedah KJ yang disampaikan oleh Mentor PTS itu berjaya membuat pelukis ini menjadi penulis dalam masa yang pantas. Boleh aku applykan perkara yang sama dalam menulis skrip komik?

Hello world!

Filed under: Uncategorized — kalamtimur @ 2:32 am

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Next Page »

Create a free website or blog at WordPress.com.